Rock Chisel ! 2016

Saturday, July 23, 2016

It Really Make Me Pissed Off

Pernah tak korang time ondaway nak balik rumah tetibe terfikir nak singgah kedai jap? Lepas dah parking elok, dah beli barang dan nak balik tetibe tengok kereta kena block dengan orang lain? Aku rase pernah kan. Aku perasan kan, hampir tiap kali kalau aku parking kereta nak pergi kedai kejap, mesti bile aku keluar tengok kereta dah kena block. Itu jam memang mantera sumpahan memaki hamun akan keluar dan kekadang mengeluarkan "jutsu sign" macam dalam Naruto (middle finger jutsu) Ha3.

" Cis. Baru lima minit je pergi kedai dah kena block? Brengsek betul!"

Tu adalah contoh makian yang agak elok. Ada masa lebih dari ni yang aku maki. Ha3. 



Aku kekadang tak faham betul dengan perangai orang Malaysia ni bawak kereta. Common sense sangat2 fail. Bodoh apa kau dah tau akan menyusahkan orang lain bile block kereta orang tu. Mana tahu dia nak cepat ke? Ada emergency ke? Kau bukan fikir pun. Kau cuma fikir diri kau je. Tak payah susah2 cari parking, tak perlu nak tengok side mirror untuk keluar dari parking, tak payah nak adjust2 tegak ke senget ke kereta kau time parking. Kau cuma tahu parking belakang kereta orang. Bila dah lepas hajat kau, tarik handbrek masuk gear, jalan!

Da lah block kereta orang, lepas tu cakap sorry pun takde. Sengeh2 sambil garuk kepala kau buat adalah. Paling sial buat muka ketat macam takde salah. 


Pernah satu ketika, aku parking pergi kedai, keluar kedai tengok kedai kereta dah kena block. Disebabkan mood aku agak baik masa tu dan aku pun takde lah tergesa2 sangat, so aku lepak jelah dalam kereta sambil2 tu main candy crush sementara nak tunggu kereta tu beredar dari situ (Sebenarnya agak lama jugak aku tunggu ok!). 

Lepas kereta tu blah, aku pun siap sedia lah nak keluar parking. Handbrek dah lepas, clutch dah tekan, gear reverse dah masuk kirenya aku dah ready betul la ni bergerak. Tetibe zupppppp, satu myvi putih dengan pantas menyelinap kat belakang kereta aku. 

Aku tengok pemandu adalah seorang perempuan muslimah. Muda lagi. Apa bangsat betul. gadis muslimah pun benda basic macam ni pun fail. Muslimah la sangat. 

Itu jam aku dah tak boleh bersabar dah. Boleh plak dia main parking macam tu. Aku toleh kiri kanan, "eh ada kosong parking..." tapi tapi tapi kenapa dia nak parking belakang kereta aku? Ni tak boleh jadi, muslimah tak muslimah. Aku bukak tingkap, aku cakap kat minah muslimah tu.

"Kak long. Parking banyak lagi kak long. Apehal kau nak parking belakang kereta aku?"

"Sorry2. Nak beli topup jap je". 

"Aku peduli apa kau nak beli topup ke, nak beli karipap ke tapi apehal kau parking belakang kereta aku? Kau dah nampak kan tadi ada kereta parking kat sini tadi? Dah tu berapa lama aku nak tunggu ni?

"............." - Tak terjawab dek minah muslimah tu.

Terus dia masuk kereta blah dari situ. 

***********

Aku kan, kalau bawak kereta tak pernah nak block2 kereta orang sebab aku akan rasa bersalah kalau block kereta orang. Walaupun aku pergi kedai kejap je, aku akan cari parking juga sampai dapat walaupun kadang2 agak jauh dari kedai yang aku nak pergi tu. Tapi tu semua tak jadi hal sebab aku tak menyusahkan orang lain.

Ni tak, kadang2 aku tengok orang Malaysia ni kalau boleh dengan kereta2 sekali nak bawak masuk kedai. Ape salahnya kita cari parking dan dalam masa yang sama kita tak menyusahkan orang lain. Bertimbang rasa lah sikit weh. 

p/s: Mentang2 tenggiling aku kecik, korang sedap2 parking belakang tenggiling aku.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like, Share dan Komen

Thursday, July 21, 2016

Road to Ph.D

Entri kali ni aku nak sembang pasal macam mana aku boleh amik PhD sekarang ni. Apa yang menyebabkan aku terfikir nak sambung ke peringkat PhD sedangkan aku bukanlah seorang budak yang boleh dikategorikan cemerlang dan pandai? Adakah faktor semangat yang membara? Faktor Cik Awek? Keluarga mungkin? Kawan-kawan atau pun disebabkan terdengar satu suara yang  sayup2 kedengaran menyuruh amik PhD? Atau aku sekarang berada dalam dunia fantasi?

Mari kita bongkarkan segala persoalan-persoalan ini. Tapi masalahnya kita nak bermula dari mana? Ada cadangan tak? -_-".

'Aha'. Aku dah dapat ilham. Kita bermula dengan zaman first degree aku dulu lah. Ok go!


**********

Pada suatu hari........

Ah straight to the point lah Encik Gaara. Tak payah nak pada suatu hari sangat. Ni bukan novel mahupun cerita2 sang kancil yang setiap permulaan cerita bermula dengan pada suatu hari atau pada zaman dahulu.

Ok. Cerita dia begini dan bukan begitu.

Masa aku degree dulu (IPTS), ada lecturer aku (lecturer part time dari IPTA) suggest suruh sambung amik master jika nak apply lesen kaunselor sebab dia cakap universiti aku academic qualification tak cukup untuk melayakkan aku pergi apply lesen kaunselor (untuk makluman, bidang aku ialah kaunseling). Maksud academic qualification tak pass tu bukan sijil degree tak diiktiraf, diiktiraf cuma subjek2 yang diajar tidak cukup untuk melepasi piawaian Lembaga Kaunselor Malaysia. Senang cerita credit hour untuk subjek kaunseling tak cukup untuk menepati syarat yang dikeluarkan oleh Lembaga. Aku pun tak pasti kenapa boleh jadi macam tu. Adakah salah universiti aku? Aku rasa ya (tapi sekarang aku rasa dah lepas kot kalau belajar kat universiti tu). 

Jadi untuk membolehkan aku apply lesen kaunselor, aku pun sambung lah belajar. Amik master.

Masa aku amik master, aku belajar balik apa yang aku belajar masa degree dulu. Cuma ada beberapa pertambahan subjek yang tak pernah aku belajar masa degree dulu. Requirement untuk master kalau nak apply lesen at least kena cukupkan 40 credit hour untuk subjek2 kaunseling. (Untuk makluman, 40 credit hour untuk subjek yang berkaitan dengan kaunseling sahaja dan tidak termasuk subjek2 lain). 

Tahun 2015 aku dah habis belajar. Konvo bulan 11 dan bulan 12 aku apply lesen kaunselor dan bulan 1 dah dapat lesen.

Masa aku nak habis masters (last sem), aku kena fokus kat penulisan ilmiah atau tesis dan masa ni lah aku mula rasa yang aku perlu sambung belajar PhD. Sebab masa ni aku rasa masih kurang lagi ilmu dan skills2 nak buat research. Aku rasa masih perlu belajar lagi. Aku boleh cakap start buat tesis ni lah aku dah mula "jatuh cinta" (how come? huhu) dengan dunia research. Lagi yang buat aku rasa yang aku perlu sambung belajar lagi bila kena komen kaw2 masa aku hantar artikel untuk penerbitan kat satu jurnal ni.

Ditambah pula dengan dorongan supervisor aku suruh sambung PhD buat aku makin semangat nak sambung belajar. Aku ingat lagi beberapa hari lagi nak raya tahun lepas tetibe aku dapat email dari supervisor aku;

"Tahniah dan good work Encik Gaara sebab akan bergraduat. Semalam dah meeting markah. Alhamdulillah. Saya nak you teruskan ke peringkat PhD. Buat kajian pasal student personal dan kaunseling. Ambil Mybrain 15. Rugi kalau tak ambil. Dalam masa yang sama boleh buat kerja sambilan sebagai RA jika ada peluang. Kalau betul gayanya, insyaallah 3 1/2 tahun dah boleh selesai".



Itu jam, aku jadi terpinga2. Mana taknya, punya pemalas macam aku ni disuruhnya amik PhD? Dah lah pemalas, tak pandai pulak tu. Macam tak layak je nak sambung PhD.

Tapi tu lah rezeki namanya. Walaupun aku ni takde lah dikira sebagai pandai sangat tapi mungkin masa aku buat tesis tu, mungkin supervisor aku tengok kesungguhan aku dalam menyiapkan tesis. Rajin datang jumpe dia walau dengan tangan kosong (harap beg je besar tapi kosong. Ha3), siap on time walaupun banyak lagi kelemahan2 yang ada. Tapi bak kata dia "this is learning process and don't worry about the mistakes".

So, bulan 2 yang lepas aku sambung belajar bawah supervisor aku dan dengan rasminya aku seorang calon PhD. Terasa macam tak percaya je. Tapi itulah takdir.

Mungkin ada hikmah aku jobless sampai sekarang ni. Mungkin Allah nak suruh aku sambung belajar lagi.

Dan sampai sekarang yang boleh buat aku bangga bila masa hari first aku daftar, aku jumpe supervisor aku dan dia cakap;

"intake kali ni saya ambil awak seorang je Encik Gaara".

Nampak tak dia punya percaya dengan potensi aku? =p

**********

p/s: Memandangkan aku ada sedikit kemahiran dalam spss, next entri aku nak buat tutorial spss.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like, Share dan Komen

Saturday, July 2, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan: Mee Udang Pakar Paroi

Kelmarin, aku plan nak pergi ke IOI Mall Putrajaya. Teman kawan aku pergi shopping barang sehelai dua baju raya. Kawan aku punya semangat nak shopping raya, pukul 2 petang dah call suh aku standby. Last2 gerak lambat sebab petang tu aku kena jumpe supervisor aku bincang pasal masalah negara. Lepas dah setel semua benda baru aku gerak. Dalam pukul 6 baru gerak. Nak pergi shopping benda kalau gerak pun pukul 6 petang? Sampai sana kurang2 mahu makan 20 minit kalau jalan tak jem. Kalau jem? Mahu lepas buka baru sampai. Kalau nasib tak baik, masa orang pergi tawareh kang baru sampai =p. 

Masa kat tol, sekali tengok mak aiii banyak giler kereta. Aku yang guna touch n go pun amik masa lah nak pergi touch. Ape benda lah orang Malaysia ni, guna touch n go pun lambat. Aku syak diorang ni semua, masa nak touch tu lah baru terkedek2 nak cari kad kat mana.Tak pun tak berapa yakin dengan baki kad touch n go diorang

"eh ada lagi ke tak baki kad touch n go aku?". Lebih kurang macam ni la dialog kat dalam hati.

Bila fikir2 balik dengan keadaan kereta yang banyak macam ni, maka plan pun harus ditukar. Destinasi yang difikirkan sesuai adalah Palm Mall Seremban!

Palm Mall Seremban dipilih kerana difikirkan agak kurang jem.

Disebabkan kuar dari tol dah pukul 6.15pm, jadi terus bincang kat mana nak pergi buka puasa. Masa tu memang dah tak terfikir nak buka kat mana. Aku ingat nak berbuka dengan air je lepas  pergi shopping baru pergi makan kaw2.

Tapi masalahnya nak berbuka kat mana? Aku agak kurang familiar dengan tanah jajahan Seremban ni.

Fikir punya fikir, sekali aku teringat satu tempat ni dekat area Paroi ada kedai mee udang. Dulu masa dating dengan Cik Awek aku pernah makan kat sini. Memang sedap lah dia punya mee udang. Setakat ni aku rasa memang win. Lalu aku mencadangkan kat kawan aku pergi buka kat sini. Diorang pun ok je.

************

 
Mee Udang PAKAR Paroi Kak Zati

Taraa...mempersembahkan kedai makan mee udang pakar Paroi.

Orang2 nismilan aku rasa tahu kot tempat ni kat mana. Bagi orang luar nismilan, jangan risau. Hari ni Abang Gaara akan tunjukkan jalan macam mana nak pergi ke kedai ni =p.

Kedai mee udang ni terletak kat Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) Paroi. Dekat area Paroi. Jalan nak menghala ke Kuala Pilah. Masa perjalanan lebih kurang 15 minit dari pusat bandar Seremban. Boleh dikatakan kedai ni dekat jugaklah dengan Stadium Paroi. 

Tempat dia open air food court. Kalau korang nak rasa rileks, tanpa gangguan orang ramai korang boleh pergi makan kat sini pekena mee udang. Aku suggest kalau nak dating pergi sini je senang. Takde lah nanti kantoi dengan orang kampung. Kah3.

Kat sini bukan mee udang je yang ada. Tapi macam2 makanan ada. Kalau tak silap western food pun ada kot sebab dia banyak kedai. 

Berbalik kepada mee udang ni. Harga dia sangat berpatutan. RM10 untuk set biasa. RM18 kalau korang nak udang banyak. Tapi yang RM10 pun dah cukup padu bro. Lepas tu korang boleh pilih nak mee kuning atau mee kueh tiaw. Memang terbaik mee udang ni. Dia punya kuah perghhh memang paling champion. Kalau takde orang haritu dah lama aku amik straw sedut kuah dia. Dah la udang dia besar. Memang puas hati makan. 

Sorry banyak2 sebab tak upload gambar mee udang tu macam mana sebab aku tak suka amik gambar makanan.

Korang boleh usha fb kedai ni kat sini ------> MEE UDANG PAKAR PAROI-KAK ZATI

Kalau Anda Suka Entry Ini Like, Share dan Komen

Friday, July 1, 2016

Little Korea di One Avenue Ampang

Tempoh hari, aku teman Cik Awek pergi cari itu samyang romen ramen. Aku pun tak pasti apa yang bestnye samyang ramen tu dan aku malas nak amik tahu ape benda alah tu. Yang aku tahu ramen tu adalah mee dan mee tu adalah ramen. Jadi tanpa membuang masa, aku pun turuti je kemahuan dia. Orang pompuan ni kena follow dia punya kemahuan. Kang nanti tak follow dia punya kemahuan akan berlaku pemberontakan dan pemboikotan secara besar-besaran (Baca: Merajuk). Padahal bukan nak memberontak sangat pun padahal nak menggedik je lebih. Aku tau lah trick lama tu. Keh3.

Aku malas nak taip panjang, so moh la kita masuk ke dalam dunia pengembaraan aku memburu samyang ramen bersama Cik Awek.

1, 2, 3...Ok go!

Aku pun tanya Cik Awek kat mana ada jual benda alah tu. Cik Awek cakap ramen tu ada jual kat jusco. Mula-mula pergi Jusco Seremban 2 tapi malangnya ramen tu dah habis. Esoknya pulak pergi usha kat Jusco Alamanda pun tarak. 

Samyang Hot Spicy Ramen

Dalam hati aku cakap "apehal semua takde jual ni? diorang pakat2 nyorok kan ramen tu ke hape ni?". 

Tengah aku drive tetibe Cik Awek cakap "Encik Gaara...boleh tak bawak Cik Awek pergi Ampang? Cik Awek baca kat google ni cakap ada jual kat situ". Sambil buat muka comel dengan mata yang bersinar penuh dengan harapan. 

"Ampang? Jauh lah Cik Awek!. Panas pulak tu. Encik Gaara penat lah nak drive pergi sana. Beli mee kuning je lah. Mee jugak ape?". Balas aku dengan pantas.

"Takpe lah kalau macam tu". Balas Cik Awek.

Aku tengok mata Cik Awek dah berkaca. Tu tandanya tak lama lagi "empangan akan pecah". Kesian plak aku tengok. Aku pun slowtalk dengan dia, cakap aku setuju nak bawak dia pergi Ampang. Perghh dia punya happy jangan citer lah. Macam dapat 4 flat dalam exam. Eksaited dia lain macam dia punya pergi. Tapi aku tahu tu dia punya trick je nak pujuk aku pergi Ampang. Bukan aku tak tahu yang Cik Awek ni kaki propa. Pelakon air mata pun ye jugak =p.

Lantas, aku bukak waze. Setting2 jap tempat yang nak pergi tu lalu memecut laju menuju ke Ampang.

Dalam masa lebih kurang 30 minit sampai.


***********

Sampai sana alangkah terkejutnya aku, sebab aku perhati banyak giler kedai korea. Restoran, saloon, kedai runcit semua made in korea. Tapi yang aku tengok banyak restoran la berbanding kedai2 lain. Tengok dari luar macam biasa je tapi bile masuk dalam korea wa cakap sama lu. Tapi aku terperasan ada terselit satu kedai pak arab kat sini. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh sesat bukak kedai kat sini. Pak arab juga mungkin mahu menjadi seekor kpop agaknya -_-

Dalam masa yang sama aku fikir "Bila masa Korea boleh ada penempatan kat sini?".

Macam mana selama ni aku boleh tak tahu kewujudan tempat ni? Aku syak ni mesti budak2 kpop yang buat suggestion kat kerajaan supaya membuka satu penempatan korea kat One Avenue Ampang. 

Mungkin...

"Saya menyeru kepada kerajaan supaya membuka satu penempatan ala-ala korea di Kuala Lumpur. Jika tidak kami tak mahu memberi undi kepada kerajaan".

Mungkin tu kata dua yang diberikan oleh presiden kpop semalaysia kepada pihak berwajib. Hurmm, mungkin lah.

Dan seterusnya,

Tanpa mahu membuang masa aku pun teman Cik Awek pergi cari samyang ramen tu. Cik Awek cakap ada tiga kedai yang jual ramen tu. Malangnya ketiga-tiga kedai habis stok dah. Cik Awek aku tengok macam dah putus asa je nak cari ramen tu. (Kesian aku tengok =p). Dalam perjalanan nak ke kereta, tetibe Cik Awek terpandang satu kedai macam 7e. Dia ajak aku masuk kedai tu. Sekali ada jual ramen tu. Punyalah happy Cik Awek. Aku pun ikut happy jugak lah sebab tercapai jugak hajat dia nak makan ramen tu. 

Cik Awek pun mengucapkan terima kasih pada aku sebab bersusah payah bawak dia jauh2 sampai ke Ampang semata-mata nak cari samyang ramen.

Lebih kurang macam ni lah ucapan terima kasih dia,

"Encik Gaara, terima kasih sebab bawak Cik Awek pergi sini cari samyang ramen" - Cik Awek

"Erm ok je. Tapi bak sebungkus. Encik Gaara nak try jugak padu mana dia punya sedap" - Encik Gaara

Sempat jugak aku paw dia sebungkus. Kahkahkah!

Binggme: Banana Flavored Milk Drink

Oh ya. Air susu pisang ni sedap giler. Tak tipu punya. Dia punya campuran susu dengan pisang memang padu. Secukup rasa. Air ni pun aku paw Cik Awek. =p

p/s: budak2 yang acah2 kpop tu boleh la pergi One Avenue Ampang kalau nak shopping makanan korea.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like, Share dan Komen

Wednesday, June 29, 2016

Berhutang Dengan Supervisor

Suatu petang yang damai (sila nyanyi ikut macam lagu kumpulan xpdc), ketika cuaca berada dalam keadaan sedang2 elok, tidak panas dan tidak juga sejuk, just so-so tetibe kedengaran bunyi "trutttt-truttt". Biasa bunyi macam ni datangnya dari handphone aku. Sengaja aku tukar bunyi jadi "trutttt-truttt" sebab macam tak best plak guna bunyi "klingkling" bagi nak menggambarkan bunyi handphone aku. Terasa macam bunyi loceng bangla jual aiskerim plak.

Ok kita teruskan lagi.

Dengan pantas aku pergi tengok handphone aku. Mana lah tau ada berita yang boleh mengundang kegembiraan untuk sekalian penduduk rumah sewa seksyen 6 Bukit Mahkota. Eh?

Sekali terpampang satu nama yang tidak begitu asing. Nama yang cukup sinonim dan yang bestnya namanya seperti nama aku. Cuma nama dia pendek nama aku panjang sikit. Kalau nama dia 6 huruf, nama aku 10 huruf. Tapi dua-dua nama kalau diakronimkan menjadi SA. Kalau hantar paper kat jurnal, aku rasa kombinasi nama aku dengan dia cukup padu untuk menggegarkan dunia akademik dengan penulisan yang cukup ilmiah dan berwawasan =p.

p/s: Mesej dari main supervisor aku je tapi intro saje nak bagi panjang. Ha3!

Lantas aku baca mesej wasap yang aku dapat. Bunyi dia lebih kurang macam ni,

"Salam Encik Gaara. Lama tak dengar kabo? Artikel yang nak submit ke jurnal tu ada perkembangan ke? Selamat berpuasa".


************

Ok. Aku dapat mesej macam ni sebab aku dah lama tak jumpa dia sebenarnya kah3. Last aku jumpe sebelum puasa hari tu. Awal bulan lepas aku rasa. Korang tengok lah betapa pemalasnya aku nak pergi konsultasi bersama supervisor. Second supervisor? Lagi lama aku tak jumpe dia. Kah3.

Sebenarnya aku ada sebab kenapa aku dah lama tak pergi menghadap dia. Pertama sekali, sebab aku bizy buat assignment yang berlambak. Dah lah berlambak susah2 plak tu (Terima kasih dengan sikap procrastination aku bila membuat sesuatu kerja. Konon2 nak buat sekali gus. Amik kau!). Kedua sebab aku takde bahan nak bawak pergi jumpe dia. Takkan lah nak datang dengan tangan kosong? Menjatuhkan martabat aku sebagai seorang pelajar yang cemerlang je (konon =p). 

Berbalik kepada mesej yang aku dapat tadi, berkenaan dengan artikel yang aku nak hantar ke jurnal. Sebenarnya artikel tu merupakan "hutang" aku dengan supervisor aku masa masters dulu. Aku janji dengan dia nak submit artikel kajian aku dulu kat jurnal. Dulu pernah hantar artikel ni kat satu jurnal ni, tapi kena komen kaw2 punya sampai aku rasa aku punya artikel rubbish giler. Cukup untuk menjatuhkan semangat aku untuk terlibat dengan dunia akademik. 

Begini lah lebih kurang komen yang aku dapat,


Pedas tak pedas la aku kena komen :'- (


Walaupun kena komen kaw2 tapi yang bagusnya aku punya artikel diterima tapi dengan pembetulan besar. Setelah berbincang dengan supervisor aku, dia cadangkan tarik diri dari submit kat jurnal tu. Dia suruh buat pembetulan dan hantar ke jurnal lain. Tu strategi dia cakap sebab kita akan tahu kat mana yang lemah dan kat mana boleh buat penambahbaikan nanti. 

Dia cakap jangan down sebab ni first attempt aku. Biasalah tu kena komen pedas2.

Begitu lah ceritanya. Sebenarnya aku nak sembang pasal "hutang" aku dengan supervisor aku je. Sampai sekarang dia ingat lagi hutang antara aku dengan dia. Betul2 punya kuat ingatan dia. Aku ingat dia dah tak ingat dah pasal artikel tu =p.

p/s: Nanti kita jumpe bos!


Kalau Anda Suka Entry Ini Like, Share dan Komen

Monday, June 27, 2016

5 Perkara Positif Mengenai Kartun Animasi Jepun

Kebanyakan kartun kebiasaanya dikaitkan dengan fantasi dan imaginasi ye dak? Tapi walaupun kartun merupakan cerita-cerita fantasi dan imaginasi, ada jugak perkara-perkara positif yang kita boleh kita ambil dan terapkan dalam diri kita. Serius tak bohong. Lagi2 kartun animasi Jepun. Apa yang aku tengok, kebanyakan kartun animasi Jepun memang banyak menerapkan nilai-nilai positif.

Ok. Hari ni kita sembang pasal 10 perkara positif mengenai kartun animasi Jepun.

1. Kegigihan


Kalau kau perasan, watak dalam kartun animasi Jepun ni kalau nak jadi power dan hebat, diorang akan berlatih dengan gigih sehingga berjaya menjadi seorang yang hebat. Ada dua tiga kartun yang aku jumpa ada elemen ni macam Dragon Ball, Naruto dan Captain Tsubasa. Watak-watak dalam kartun animasi Jepun biasanya dilahirkan seperti manusia biasa. Tapi lepas dah menjalani latihan intensif barulah diorang semua jadi power. Kalau kartun animasi lain mana ada macam ni. Kebanyakan kena guna alat baru jadi power. Tak pun kena gigit dengan binatang baru jadi power. Eh boleh pulak macam tu? Dah la berlumba-lumba claim sapa pakai spender kat luar dulu (-_-).

Elemen ni kalau kita terapkan dalam hidup kita memang serius cool. Bagi ahli sukan memang tersangat baik. Berlatih la dengan gigih kalau nak jadi power. Kalau student pulak, sila ulangkaji pelajaran anda dengan gigih. 

2. Semangat Tidak Berputus Asa


Kartun Jepun selalu akan memasukkan elemen semangat tidak berputus asa atau I will never give up spirit. Kalau pihak musuh lebih kuat dari dia, dia akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk jadi lagi power daripada pihak musuh tu. Tak pun, bila dah tahu tak dapat kalahkan musuh yang lagi hebat dari dia, dia akan cuba jugak lawan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa. 

Elemen ni pun kita boleh terapkan dalam hidup kita. Terutama bagi student2. Jangan putus asa dalam pelajaran walaupun kau konsisten bebal =p

3. Nilai Kekeluargaan


Dalam kartun animasi Jepun, nilai kekeluargaan selalu jugak ditonjolkan. Bagaimana sebagai satu family akan menyokong antara satu sama lain. Sering memberi kata-kata semangat antara satu sama lain dan juga kasih sayang. Dan yang paling penting bagi ibubapa di luar sana. berilah sepenuh kepercayaan kepada anak-anak (tapi yang ni ibubapa perlu pantau, jangan percaya bulat2 dengan anak sebab anak-anak sekarang kuat kencing). 

Elemen ni, kalau diterapkan dalam institusi keluarga, percayalah keutuhan sesuatu institusi keluarga tu akan bertambah power.

Ni tak, baru-baru ni ada baca yang seorang ibu mendera anak sendiri sehingga mati. Ape kes? Anak kandung pulak tu. Ini semua kerja gile. Manusia semakin kehilangan kewarasan dan sifat kemanusiaan. Ops sorry teremosi. Hu-Hu-Hu

4. Semangat Setiakawan


Kartun animasi Jepun selalu tonjolkan elemen ni. Semangat setiakawan. Bukan setiawan Perak tau atau pedang setiawan. Itu benda lain. Dalam kartun animasi Jepun, kalau diorang ada kawan-kawan, diorang akan menyokong antara satu sama lain. Sama-sama memberi kata-kata semangat dan yang paling best (especially dalam naruto), masa time perang kalau boleh tak nak ada seorang pun kawan-kawan yang terkorban.

Dalam hidup kita ni, semangat setiakawan penting. Ada benda yang kita boleh buat sorang2 dan ada benda yang kita perlukan kawan2. Kadang2 cukuplah kawan2 tu sekadar hanya beri kata-kata perangsang hawa nafsu je. 

5. Semangat Kerjasama


Selalu sangat aku tengok unsur-unsur kerjasama dalam kartun animasi Jepun. Dalam Naruto, kalau diorang buat apa-apa mesti buat secara teamwork.  Takde makna nak bergerak secara solo walaupun orang tahu kau hebat. Sebabnya, kalau kau nak buat sorang-sorang akan menyusahkan rakan-rakan kau yang lain. 

Bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung dan bulat manusia kerana muafakat. Eh? Betul ke?

***********

Sebenarnya, banyak lagi perkara-perkara positif yang ada dalam kartun animasi Jepun yang boleh kita adaptasi dalam hidup kita berbanding kartun animasi omputih. Kadang2 aku rasa kartun animasi Jepun lagi realistik dengan hidup kita berbanding kartun animasi omputih. 

Banyak contoh aku bagi contoh naruto kan? Ini sebab aku suka tengok dan baca komik naruto.

p/s: kadang2 aku suka buat "Hiraishin Giri" kat adik aku dan dia akan cakap "kau apehal?" =p


Kalau Anda Suka Entry Ini Like, Share dan Komen

Saturday, June 25, 2016

Bagaimana Reaksi Saya Selepas Menerima Email?

Tempoh hari masa aku tengah sedap-sedap tidur, tetibe aku terdengar bunyi "klingkling". Selalu kalau bunyi macam tu, biasanya ada mesej yang masuk. Aku pun tengok lah handphone aku walaupun tengah mamai lagi. Mana lah tau ada mesej penting ke. Maklum lah orang yang jobless ni dia agak peka sikit dengan bunyi-bunyian yang datang dari handphone. 

Dengan sedikit debaran, aku pun unlock handphone aku. Sekali betul. Ada email. Lagi menjadi-jadi debaran aku. Biasanya kalau email ni biasa penting. Mana lah tau email suh datang interview ke atau email "tahniah anda menang motor". Tapi yang ni tak mungkin. Apehal plak aku tetibe menang motor?

Tapi kalau email dari Lina jobstreet tu mmg aku selalu dapat. Boleh dikatakan tiap-tiap hari dapat dan aku tak baca email tu. Terus delete. Sebab si Lina tu suka suggest kat aku kerja yang ntah ape-ape. 

Kau bayangkan lah pernah aku dapat email dari si Lina tu "Beautician needed. Salary RM2500 -3000". Kadang-kadang termenung jugak aku fikirkan rasional antara kelayakan aku dengan job beautician. Umpama langit dengan bumi. 

Ok kita balik kepada email yang aku dapat. Rupa-rupanya, email dari penyelia aku. Dalam fikiran aku "mesti penting ni". 

Email tu berbunyi macam ni lebih kurang.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelajar di bawah saya. Bagi mencapai kejayaan kita perlukan perancangan. Saya yakin anda semua arif tentang perkara ini. Oleh itu bersama email ini, saya sertakan borang perancangan anda pada masa hadapan. Sila nyatakan apa yang anda lakukan bagi sepanjang tempoh ini. Bulan Julai ni kita rehat dulu dan beraya. Bermula bulan Ogos kita akan bekerja untuk mencapai kejayaan bersama. 

"A journey of a thousand miles begins with a single step"

"Saya harap awal bulan Ogos nanti anda semua boleh berkongsi dengan saya carta perancangan masing-masing. Terima Kasih". 

*Punya lah akademik dia punya ayat. Betul-betul melambangkan seorang academician.


*********** 

Rupa-rupanya penyelia aku nak setiap student bawah dia buat carta perancangan untuk setiap tahun sampai habis belajar dan setiap pelajar perlu bermula dari bulan Ogos 2016. Punya lah bagus penyelia aku ni, dia suka bagi reminder kat semua students dia. Ni salah satu sebab kenapa aku sambung bawah penyeliaan dia. Sempoi bak hang. Dia suka bagi motivasi kat student dia.

Berbalik kepada email yang aku terima tadi. Agak penting mesej yang ingin disampaikan.

Reaksi pertama aku bila dapat email tersebut aku segarkan sikit mata. Cuba fahamkan isi penting yang cuba disampaikan. Dalam email tu, ada sesuatu yang menarik perhatian aku iaitu "kita akan bermula pada bulan Ogos. Julai ni kita rehat dan beraya dulu". 

Dengan pantas, aku tekan butang back, tarik selimut dan seterusnya tidur kembali.

Dalam kepala fikir "ala bulan Ogos lama lagi. Sekarang baru bulan Jun. Ada lagi lebih kurang 2 bulan lagi nak submit carta tu". 

Punya tak senonoh perangai -.-

Kalau Anda Suka Entry Ini Like, Share dan Komen

Friday, June 24, 2016

A New Beginning

Goodbye the old ones because this is a new beginning.

RIP my old blog 2009 - 2013 (kingdjango.blogspot.com).

Rasa-rasanya last aku aktif main blog tahun 2012 kot. Lepas aku sambung belajar ke peringkat sarjana terus aku punya passion nak main blog terus hilang. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku syak faktor bizy berjimba dengan kawan-kawan baru kot. Yela, sebelum ni aku tak terfikir pun nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi sebab aku pun bukannya orang yang tergolong dalam golongan bijak pandai. Bijak auta mungkin ya. He3.

Terus aku tak ingat pasal blog dengan nuffnang semua. Dulu main blog gile-gile sebab nak kejar nuffnang punya income. Konon-konon nak buat side income lah. Masa tu tengah miskin takde duit. Merasa jugak lah aku duit dari nuffnang. Adalah dapat dalam RM500 lebih dalam masa 4 tahun aku main blog (4 tahun ok bukan sebulan. Blogger lain sebulan dari beribu). 

Kalau tak percaya meh sini aku tunjukkan bukti.


Nuffnang Payment History

Ape macam? Sekarang percaya tak? Siap ada baki RM17 lagi..Ha3.

Betul-betul menggamit memori lah. Ada nilai sentimental sebenarnya bila kau main blog dan ia bukan sekadar duit dari nuffnang atau syarikat pengiklanan yang lain. Tapi sebenarnya apa yang kau tulis dalam blog kau dan kau akan rasa macam tak percaya tu semua kau tulis. Lagi-lagi apa yang kau tulis ada orang komen. Itu jam kau akan fikir "eh entri yang macam sampah ni pun ada orang komen". Padahal orang komen sebab nak kau pergi "melawat" dia punya blog. Macam lah aku tak tahu trick tu. Old trick tu. He3.

Tapi bila kau baca balik entri-entri yang pernah kau tulis, kekadang rasa malu sendiri pun ada jugak. Benda bangang-bangang yang ditulisnya. Nampak sangat takde kerja. Noob giler. Last-last tekan click all then delete. Entah ape-ape je.

Tapi kan, sebenarnya bukan sebab aku sambung belajar je yang buatkan aku punya passion nak main blog hilang. Tapi disebabkan ni:-

Blackberry Bold 4

Ya. The most expensive handset I ever bought it. My lovely Blackberry Bold 4.

Dengan BB ni lah aku rajin update aku punya blog sebab senang. Tak payah nak buka laptop bagai. Buat pengetahuan semua, aku ni malas nak buka laptop. Lagi-lagi bila laptop kau kena amik masa nak buka. Siap boleh pergi berak dulu lah weh. Lagipun senang dengan BB ni, ape yang terlintas dalam kepala otak aku, terus aku taip dan publish entri baru. Dengan BB ni jugak lah aku mencoret segala suka duka aku dalam blog. Ceh!

Apa yang buatkan aku tetibe nak main blog balik? Mungkin sebab kena sampuk kot. Oh tidak. Sebenarnya sebab sekarang ni aku melompat dengan lebih tinggi. Pergi ke last stage of education level.

Ph.D? Yup. The most reason because of the Ph.D.

Tak silap aku ada buku yang tajuknya macam ni

Tapi kenapa?

Pertamanya, aku nak aktifkan balik sel-sel otak aku yang dah lama tak berhubung ni. He3. Takde lah I'm just kidding. Sebenarnya bila belajar di peringkat tinggi ni, kau kena banyak menulis. Kena fikir idea-idea yang mantap untuk kau tulis dalam tesis kau.

Jadi apa kena-mengena dengan blog?

Okey. Macam ni. Bila kau rajin menulis dalam blog, kau mesti banyak idea nak tulis apa dalam blog kau walaupun hanya cerita merepek. Tapi yang positifnya ialah kau secara tak langsung dapat generate idea. Aku dulu masa main blog, otak ni senang je fikirkan idea. Lagi-lagi masa exam. Itu jam, bab goreng-menggoreng masa exam memang champion.

Jadi, aku main blog balik sebab nak asah otak aku yang dah berkarat ni. Mudah-mudahan bila aku main blog balik dapat membantu aku nak generate idea untuk penulisan akademik aku nanti.

So this is a new beginning, a new era. Time flies but I'm still here to write and jot down about the good moment of mine.!

Jumpa lagi dan selamat bersahur!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like, Share dan Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen